Produk eShopFesyen untuk Pelbagai Produk jahitan sulaman, jahitan manik, busana, fesyen Muslimah, tudung dan andaman.

Butik & Pusat Latihan Sri Classic Collection terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah, menyediakan perkhidmatan berkaitan busana, andaman dan fesyen seperti berikut:-

Tempahan Sulaman Kerawang.

Tempahan Jahitan Manik & Labuci.

Bengkel Latihan Sulaman Kerawang.

Bengkel Latihan Jahitan Manik & Labuci.

Khidmat Rundingan Busana Muslimah & Usahanita.

Khidmat andaman dan perkahwinan.

Kami juga menyediakan pelbagai jenis pakej khidmat tempahan jahitan untuk pelanggan kami mengikut citarasa penempah yg. diadun dengan kreativiti kami.

Malah, jika anda peminat seni jahitan dan sulaman, anda boleh melayari Laman Web : eShopFesyen kami yg. menyediakan pelbagai jenis produk berasaskan busana & jahitan.


Tempahan Sulaman

Sri Classic Collection menyediakan khidmat jahitan sulaman kerawang, manik & labuci secara eksklusif untuk setiap pelanggan kami.

Maksud kami, setiap tempahan sulaman kerawang & manik secara eksklusif bersama SriClassic, kami akan menyulam berdasarkan kreativiti kami dengan berpandukan kepada bunga, warna & tren sulaman yg. terkini. Kesemua corak tempahan tersebut adalah yg. terbaru & eksklusif untuk pelanggan yg. menempah sahaja.

Ini bermaksud, kami tidak akan menduplikasi corak-corak sulaman tersebut kepada pelanggan lain. Jika anda menempahnya, maka andalah orang yg. pertama memakai corak kerawang & manik tersebut.

Malah, kami juga bersedia membuat semula corak sulaman kerawang yg. anda minati.

11 Sebab Mengapa Anda Perlu Menempah Sulaman Bersama SriClassicCollection Hari Ini.

Gambar-gambar manik dan corak-corak manik serta gambar sulaman kerawang boleh anda lihat di dalam laman web kami yang juga menjual pelbagai jenis corak sulaman kerawang untuk baju kurung, untuk baju kebaya, dan andaman anda.
Web Concept & Design by eShopFesyen. All Rights Reserved 2008.
DVD Video Tutorial Teknik Ikatan Tudung Menggunakan Bawal Sahaja.

Pelajari kesemua 20 teknik ikatan tudung yang dipertontonkan secara video DVD. Setiap segmen video ikatan tudung menunjukkan anda cara-cara pemakaian tudung yang sempurna, mudah dan lebih praktikal. Malahan semua segmen video akan menunjukkan anda cara pemakaian tudung ira 45 yang menjadi trend dan fesyen Muslimah hari ini. Anda juga tidak perlu khuatir, kerana setiap teknik ikatan tudung hanya menggunakan 1 atau 2 batang jarum peniti sahaja. Malahan, ada juga segmen video yang menunjukkan teknik ikatan tudung tanpa menggunakan pin.